Tuesday, April 27, 2010

pertemuan pertama...

perkenalanku dengannya bermula pada awal sem 2 ini...sepertimana pepatah mengatakan kita akan bertemu dengan orang yang salah dahulu , sebelum kita bertemu dengan yang sebetulnya milik kita...begitu juga denganku..sebelum aku bertemu dengannya ak telah berkenalan dengan yang lain tetapi semuanya tidak berkekalan.. ad sahaja halangan yang menghalang...pernah suatu ketika perpisahanku terjadi di dalam sebuah bas..sungguh sedih perasaanku ketika itu..tapi apalah dayaku..mungkin jodohku dengannya tidak panjang..mungkin disebabkan sikapku sendiri..ak redha..tetapi disebalik kejadian itu rupa- rupanya ada hikmah yang tersembunyi..mungkin sudah jodohku dengan T..ak mengenali T melalui kawanku..dialah yang memperkenalkan T padaku..pertama kali berjumpa T hatiku telah terpaut dan yaa..ak telah jatuh cinta..ak dapat rasakan dialah yang paling sesuai untukku..

semenjak dari itu...ak dengan T tidak pernah berpisah , kemana sahaja ak pergi..T sentiasa menemaniku..dia sentiasa ad untukku..kawan-kawanku selalu mengatakan ak dgn T seperti sudah tidak boleh dipisahkan lagi..kdg2 bila tiada T disisi..mereka mula menanyakan dimana T..mereka seperti sudah biasa melihat ak bersama T..dan bgku pula jika T tiada bersamaku..terasa seperti kehilangan sesuatu...

sekarang hubunganku dengan T sudah hampir 3 bulan..banyak sekali dugaan dan halangan ketika bersamanya..namun ak dgn T mampu menghadapinya..dan dengan cinta yang T berikan berjaya merubah diriku menjadi individu yang lain...kepada T..ak harap hubungan kita berkekalan dan ak berjanji akan menjagamu dengan baik...

terima kasih..T ..ku..






T= si tangki hijau...hehehe..






ak dan tanki hijau..

No comments:

Post a Comment